BANTUAN MAYANG @ BATU RAKIT

YB AP SETIU (NO.3 DARI KIRI) BERSAMA YB ADUN BATU RAKIT (BERSONGKOK)


WAKAF CHAGAK -  Seramai 100 orang miskin telah terima sumbangan Bantuan Masih Ada Yang Sayang (MAYANG) di bawah peruntukan Ahli Parlimen Setiu baru-baru ini. Majlis telah diadakan di Dewan Bestari Wakaf Chagak, Batu Rakit pada 10 Januari 2014.

Penyampaian bantuan tersebut telah disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifli bin Jusoh dan isteri. Manakala YB Ahli Dewan Undangan Kawasan Batu Rakit, Haji Bazlan bin Abd Rahman bersama isteri hadir sama dalam program YB Ahli Parlimen Setiu turun padang ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mengabang Lekor sebelum itu di sebelah pagi. 

Turut hadir pada majlis petang itu, Timbalan Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Batu Rakit, Datuk Haji Abd Rahman bin Md Yasin, Naib Pengerusi Penyelaras, Haji Zakaria bin Abd Rahman, Ketua Penyelia APMT Batu Rakit, Haji Md Ali bin Abdullah dan kepimpinan sayap parti serta pengerusi-pengerusi JKKK. 



Read more…

JKKK PANTAI JOHAN ..

JKKK Pantai Batu Rakit bergambar dengan YB ADUN Batu Rakit

Buat julung kali 30 JKKK dalam kawasan Pilihanraya Batu Rakit sepakat menyertai Pertandingan Memasak Bubur Assyura dengan kerjasama TATIUC dan Giat Mara Batu Rakit. Majlis telah dijalankan pada 29 November 2013 di setiap JKKK.



YB Haji Bazlan bin Abd Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit telah berkenan menyumbang peruntukan sebanyak RM1,500.00 bagi setiap penyertaan JKKK. Pihak penyelaras program telah melantik beberapa orang wakil dari TATIUC dan Giat Mara Batu Rakit sebagai pemantau di setiap lokasi masakan. Program bermula dari seawal pagi hingga kepada tengahari dan petang pada hari berkenaan,


Setiap JKKK dikahendaki membawa bubur assyura yang telah siap dengan aneka hiasan ke perkarangan Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Rakit pada sebelah petang untuk dihakimi oleh chef dari Giat Mara Batu Rakit di bidang catering.

YB ADUN telah bersetuju menyampaikan hadiah kepada pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit sesudah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama. JKKK Wakaf Chator dan JKKK Mengabang Panjang telah diistihar tempat kedua dan ketiga. 

Setiap pemenang YB ADUN telah bersetuju memberi peruntukan sebuah bas bagi mengadakan lawatan selamat 2 hari 3 malam ke tempat yang bakal ditentukan pada tahun hadapan.



Read more…